Garisan air

Garisan air atau garisan beban ialah satu garisan pada badan kapal yang menandakan paras timbul sesebuah kapal atau bot di permukaan air. Paras di garisan air dipengaruhi oleh suhu dan kemasinan air. Air suam atau panas dan air masin (air laut) mempunyai ketumpatan dan kadar keapungan yang lebih tinggi. Tujuan utama garisan beban diperkenalkan ialah untuk memastikan kapal mempunyai lambung bebas dan keapungan yang mencukupi. Lambung bebas untuk sebuah kapal komersil dikira antara titik terendah pada sisi geladak kapal dan garisan air, dan nilainya mesti tidak kurang daripada paras lambung bebas yang ditanda pada sijil garisan beban yang dikeluarkan untuk kapal tersebut. Hampir semua kapal komersil,[1] ditanda dengan garisan beban pada kedua-dua belah peminggang kapal.Garisan ini yang juga dikenali sebagai garisan beban antarabangsa atau garisan Plimsoll, juga menunjukkan drauf maksimum yang selamat dan lambung bebas minimum untuk kapal dalam pelbagai keadaan operasi.[2]